Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers
Showing posts with label Bahasa. Show all posts
Showing posts with label Bahasa. Show all posts

Wednesday, October 24, 2007

Pos kena batal!

Hari ini saya ada satu pos yg kena dibatalkan dua kali oleh "tiga huruf pi" Dia orang mintak saya tulis pos diantara pos berbayar saya dalam bahasa Inggeris dan mau saya menterjemahkan satu drpd pos saya ke bahasa Inggeris!!!!

Dia orang mengatakan yang saya telah melanggar peraturan mereka kerana saya tulis dalam BM :P

Hai, manyak susah la. Jadi saya terus padamkan pos tu terus. Manyak leceh

Thursday, October 18, 2007

Pos Berbayar Lagi

Oleh kerana "bayar-kamu-untuk-blog" mau saya buat polisi keterangan/disclosure/pengumuman dan tidak boleh dilabelkan sebagai "pos berbayar". Saya ingin memberitahu yang semua yang pos berbayar saya tidak akan ada tandatangan seperti di bawah. Saya berpendapat sekurang-kurangnya ini akan dapat membezakan pos biasa dengan pos berbayar saya.

Manyak dia orang ada peraturan mau kita ikut (macam kerja yang dibagi mest habis dibuat semua) memang tak apala kerana tigapi dan itu smartie bukan selalu ada kerja bagi saya, kadang-kadang tak ada kerja langsung, kadang-kadang pulak ada manyak. Itu smartie lagi leceh..... tengok macam ada manyak kerja tapi macam tigapi jugak manyak kerja blogspot tak boleh ambik! Tetapi dalam tigapi, sekurang-kurangnya peluang itu berwarna merah. Hai sekaran cari sikit makan pun manyak susah la!

Itu hari lagi leceh, itu tigapi ada satu kerja $20 yang tak patut diwarnakan putih tapi dapat saya buat jugak. Dua hari lalu dapat pulak satu e-mel dari dia orang mengatakan peluang itu bukan untuk saya buat, jadi dia orang mau reject pos saya itu! Saya ingat manyak orang sudah kena con pasal ini. Saya tengok balik rekod saya dulu, peluang ini hanya untuk $10 sahaja tapi sekarang sudah naik berganda lo.

Harap maaf! Saya hari ini manyak frust pasal manyak barang lebih-lebih lagi semalam rosak kedua-dua lif lagi buat kali ke lapan! Kali yang kedua, kedua-dua lif itu rosak saya ada rant di sini : My Condo Management

Sunday, October 7, 2007

Mimpi Negri tentang "tigapi" dll

Kamu semua mesti rasa kelakar sikit, tengok saya tulis pos ini dalam BM lagi!!!

Baru saya tau yang "bayar-kamu-untuk-blog" tu kena finiz job yg dibagi baru boleh dapat yg baru dan kena habis pada masa yg tertentu. Kalau mau lebih, kena finiz job yg bibagi dulu la. Sekarang baru saya tau kenapa blog Jazz kekadang ada manyak pos la. Adui menyesal la aku..... apa nak buat "sudah cuci kepala basah" sai sub cho ko tau (Canto) Lagipun wang dari "tigapi" yang saya buat, akan disimpan untuk Keith kelak. (Saya masih belum hantarkan wang dari US Paypal saya ke MY Paypal, manyak pening la)

Harap kamu semua akan bertimbang rasa sikit la. Lagipun pos ini adalah untuk disisip di tengah pos la. Kalau tidak mereka akan reject pos saya pulak. Guna BM untuk membuat pos sisipan la.

Thursday, September 27, 2007

Tentang "Tiga Huruf P"

Saya nak cakap sikit pasal "Tiga Huruf P" jugak. Dah lama saya tak kerap pigi "Tiga Huruf P" untuk cari duit la. Walaupun kekadang nampak manyak peluang tapi kebanyakan saya tak kualify untuk ambik la, jadi saya sudah manyak frust la dan masuk pulak yang lain jalan la. Hari ini pulak saya masuk dan terkejut kerana "Tiga Huruf P" sudah boleh ambik 3 peluang dan ternampak manyak peluang untuk ambik pulak.... tetapi kena cari post untuk sisip tengah "Tiga Huruf P" punya la.

Yang lagi teruk adalah PU2B sudah luluskan blog saya!!!! Hahaha..... harap-harap saya tidak akan buat blog saya penuh dengan post yang tidak berkenaan.

Cari sikit makan ma!!! Harap bertimbang rasa la!!! Apa mau bikin semua barang mau naik harga tapi gaji sama jugak!